PENDIDIK PEMBENTUK JATI DIRI BANGSA BERINTEGRITI
Hadirin sekalian,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Semuanya bermula dari seorang guru biasa.
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis bicara.
Begitulah digambarkan peranan pendidik dalam membentuk bangsa. Seindah ungkapan Usman Awang tokoh sasterawan negara semerdu alunan suaranya melontar bicara. seteguh itulah peranan guru dalam mendidik anak bangsa.
Salam kasih pemula bicara saudara pengerusi, benteng kehakiman yang tegas menghakimi, dif-dif kehormat yang saya sanjungi, serta hadirin hadirat yang terus mengikuti. Assalamualaikum wbt, salam mulia selembut melodi dan salam satu Malaysia yang saya cintai.
Sebelum mulut mula bicara, sebelum minda semakin terbuka, izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato ini dengan ilmu yang tersemat di dada. Pendidik Pembentuk Jati Diri Bangsa Berintegriti. Itulah keindahan gabungan frasa kata yang membentuk tajuk pidato saya pada hari ini. secara intelektualnya, pendidik membawa maksud tenaga pengajar atau manusia yang memiliki profesion untuk mengajar. Frasa pembentuk ditarifkan sebagai pencorak. Manakala, jati diri merupakan lambang keperibadian seseorang insan. Bangsa berintegriti adalah satu kelompok masyarakat yang berpaksikan kejujuran dan ketulusan dalam kehidupan seharian.
Warga dewan yang dihormati sekalian,
Komponen pertama, moral dan etika.
Pendidik merupakan asas terpenting yang boleh menterjemahkan wahana pencapaian matlamat dalam membina masyarakat Malaysia yang berintegriti. Etika pendidik yang adil telahpun termaktub dalam system pendidikan kebangsaan. Malah, Falsafah Pendidikan Negara secara jelas memasang matlamat untuk membentuk insane yang seimbang, cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sahaja dari aspek intelek malah, rohani, emosi dan jasmani.
Komponen kedua, ibadah.
Menurut perspektif Islam, profession perguruan dianggap sebagai ibadah. Hal ini kerana, pendidik harus bijak mengajar bukan sahaja dari sudut duniawi malah ilmu ukhrawi sebagai pedoman hidup masa mendatang. Janganlah kita menjadi pendidik yang duduk termangu menunggu gaji. Jadilah pendidik yang benar-benar berbakti. Jika begitu, bagaimana hasrat Tun Dr. Mahathir Mohammad, mantan perdana menteri kita yang ke-4 untuk menghasilkan wawasan 2020 boleh Berjaya? Tepuk dada jangan Tanya selera, tanyalah minda yang bijak laksana.
Sidang dewan bermisi,
Komponen ketiga, kreatif dan inovatif.
Hari ini pendidik bukan lagi sekadar untuk mencelikkan minda murid yang buta tetapi untuk mencelikkan minda anak sebelum dewasa. Pendidik inovasi, kreatif dan kritis bertetapan dengan elemen keenam Falsafah Pendidikan Negara yang mahukan pendidik yang mempunyai unsure intelek. Objektifnya ialah dapat menghasilkan generasi yang mempunyai rasa ingin tahu dan perasaan untuk meneroka dunia yang kian mencabar. Tuntasnya, warga pendidik harus menyemat ilmu didada dengan menimba ilmu dan kemahiran baru khususnya dalam bidang sains dan teknologi bagi melonjakkan nama negara ke mata global., “Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Membentuk contoh, biarlah dari gurunya.
Komponen terakhir, jati diri
Teras pembentuk jati diri bangsa berintegriti, bermula dari seorang pendidik yang mendukung wawasan negara dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan model insane yang berilmu pengetahuandan berkemahiran tinggi seperti yang diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan juga telah dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan pembentukan modal insane berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran global yang sentiasa berubah.
Sidang dewan yang dikasihi,
Sebelum terhenti segala hujah, bermulalah suatu sejarah. Di sini kita martabatkan maruah, dengan integrity terjalin ukhuwah. Jika guru mengharap balas, apa disampai jadi tak ikhlas. Jika guru selalu iltizam, murid belajar lebih berazam. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.
korang komen la ekh lau korang ase ad kurang....
sekian...



No comments:
Post a Comment